Friday, September 29, 2006

CHOTI

Aku baru pulang dari Kuala Lumpur. Bercuti. Melawat bonda dan kaum keluarga. Senang cerita menyambut Ramadan bersama keluarga. Di Penang ni hidup membujang. Syahdu sangat sambutannya nanti.

Dua minggu aku di Kuala Lumpur walaupun planning awal hanya empat hari tapi atas pujuk rayu mama, terlajak sampai dua minggu. Bila aku kata nak balik je mama mesti tanya:

"Kau nak makan apa kat sana?"

Mama memang pandai jaga makan aku. Dapurnya pun ada macam-macam makanan yang sedia untuk dimakan, kurang bersedia untuk dimakan dan tidak bersedia untuk dimakan.

Selain daripada makan yang tiada hadnya. Di rumah mama ada ASTRO. Bila ada ASTRO maksudnya macam-macam ada. Kau boleh menonton tanpa henti. Tanpa rasa bosan. Sebab bila kau bosan dengan satu channel ni, kau tukar je channel lain. Lantas kau akan menonton hingga lupa bersolat. Bila ini terjadi mama akan kata:

"Nanti dalam kubur bila malaikat tanya SIAPA TUHAN KAMU, jawablah TV!!!!" (bahagian ni mama akan membuat suara garau yang sangat memukau) ha ha

Tapi aku tak boleh duduk bersenang lenang sebab sebenar-benarnya aku perlu menjadi buruh kasar mengecat separuh rumah yang tak habis di cat semasa renovasi harituh. Nak kaler hijaulah, kaler kokolah, kaler birulah, nak cat silinglah, cat lantailah. Aku cuma berkata yelah yelah.

Seronok duduk rumah bersenang-lenang.
Alah, perut nih... lagi berapa minit ni nak buka puasa...
Sebenarnya keadaan perut boleh mengganggu ketajaman minda ye, sebab aku rasa aku sedang taip ayat-ayat mengarut.
Dilain kali kalian! Di lain kali! Da

Tuesday, September 12, 2006

Pasca Monodrama Alor Setar

Sudah dua hari kemeriahan Festival Monodrama di Kedah berakhir. Lebih seperti Festival untuk negeri-negeri di Utara Semenanjung. Rasanya tak salah ditafsir begitu kerana hanya Pulau Pinang, Perak, Perlis dan tuan rumah yang menghantar penyertaan. Pada pandangan sentuhanseni, ini adalah sebuah acara yang sebaiknya diteruskan untuk tahun-tahun mendatang dan dikekalkan ekskusifnya di peringkat Utara Semenanjung dengan tujuan untuk mengeratkan hubungan penggiat empat buah negeri ini.

Pulau Pinang dengan empat penyertaan pulang dengan empat hamper saguhati dan hadiah penyertaan (dalam erti kata lain - balik tangan kosong daaa). Ada orang kata hantar banyak-banyak tapi semua kalah. Pada sentuhanseni, menang atau kalah itu tidak menjadi soal, dalam pada ketika penggiat-penggiat lebih gemar bercakaran sesama sendiri dan menghebat-hebatkan kumpulan sendiri, penyertaan berbanding kemenangan adalah lebih penting.

Penyertaan untuk mengeratkan hubungan ke arah lebih bersifat kekeluargaan.

11 persembahan semua sekali. Tak larat nak komen satu-satu.

Tuesday, September 05, 2006

Pening-pening monodrama

This weekend ada festival monodrama di Pumpong Kedah.

Aku berlakon, mai la tengok.

Sekarang tengah memeras otak untuk mengarah diri sendiri

Saturday, September 02, 2006

On Sickness and Birthday Bash

Setahun lagi umur aku bertambah. Blog ini pun genap setahun juga.

Tahun ini celebrationnya tak seberapa setakat ini. Tadi aku pergi secret recipe makan Moist Chocolate Cake - yang better than all night long sex - di Gurney. Sorang-sorang. Tak payah nak kesiankan aku, memang aku nak pergi makan sorang-sorang pun, kalau bawak orang lain aku nak kena bayarkan taste dia ataupun paling kurang ajar, aku terpaksa tukar taste sebab orang itu tak mahu apa yang aku mahu.

Pasca demam ini membuatkan aku sedikit blur dan mereng. Mereng kerana pening kepala ini menggigit sesangatnya. Aduh. Dah banyak dah soluble aku telan, tak berkesan jugak. Amek ais baru tau.

Dengar-dengarnya esok ada celebration untuk aku di SOHO. Alah aku tahu, jawatankuasa penganjurnya mahu pergi clubbing so birthday aku menjadi salah satu sebab untuk ke sana. Aku tidak pasti sama ada aku mahukan a celebration, tak tau nak kata apa, tak tau nak buat apa. Layan je...

Lepas makan kek, aku pergi makan dengan orang yang aku sayang tapi tak pernah aku bagitahu dia aku sayang dia. Tak terucap. Lagipun aku rasa kami belum cukup kenal dan aku sudah cukup mudah menyatakan sayang sejak kebelakangan ini. Nyata ia hanya merugikan aku. Tapi aku pernah kata aku rindu pada dia. Aku SMS. Dia tak reply. Lantas, perlu ke aku kata aku sayang? Mungkin dia pun belum bersedia. Nanti-nantilah.

Ada dua hari lagi sebelum Cik Endut mula. Aku nak rehat serehat rehatnya dan bermimpi yang indah-indah.

Pasca TASGreenhall

Gua dah benti keje babe!
Gua bukan lagi tokey panggung TASGreenhall
Tapi gua akan masih terus-terusan berteater
Gua tak buleh tinggal yang itu babe!
Yang itu gua tak buleh tinggal....
Kalau gua tinggal, GUA MATI!!!!

Ha ha mati katanya... Sekarang pun rasa macam mati (macamlah pernah mati) sebab sekarang ni aku dalam tempoh berehat sebentar dari dunia teater. Letih siot, lepas satu, satu...sekarang aku nak rehat tapi sampai hari Ahad ni je, Isnin depan mula sesi brain storming and bedah skrip untuk Cik Endut - The Upcoming Controversy.

Aku rasa la, skrip dan arahan aku kali ini akan mengundang kontroversi, bukan apa, kali ini aku pentaskan cerita pondan! Pondan uols...

Kaedahnya, pasal pondan pun nak controversy katanya... Yelah, pada masa aku mula-mula merancang dan menulis cerita ini, aku tak terpikir pun yang cerita ini akan mendatangkan kontroversi tapi sekarang ini, nampak bayang-bayang itu ada..

Takpe, kena buat dulu baru tahu. Tahun ni, aku dah pentaskan cerita Lesbian nak beromen tak jadi dan budak sekolah yang gila seks so apa sangatlah citer pondankan uols tapi ada jugak yang nak mengcontroversikannya... ok tak apa, pandailah aku belit leher kau.

Tadi dapat panggilan daripada Papa. Papa tanya kenapa berenti kerja, dan aku putar kembali ayat-ayat yang dah aku reka (maklumlah penulis skrip) untuk menjawab soalan itu. Papa terima jawapan aku. Papa tanya lagi, kenapa tak confirmkan kerja lain sebelum berenti, aku tak reti nak jawab, aku gelak je. Papa mengerti perangai aku.

Aku dah 27 tahun tapi papa masih layan aku macam aku masih tinggal bawah ketiak dia. Mungkin papa nak menggantikan kembali saat-saat yang terbuang dalam hubungan kami semasa aku masih di bawah ketiaknya. Apa-apalah papa.

Mama pun talipon. Suruh pulang ke KL. Dapur dan ruang tamu belum bercat lagi. Apa guna dua jantan yang di rumah tu? Mereka tak lekat kat rumah kata mama. Aku tahu, bukan nak suruh cat rumah sangat pun, mama memang mahu aku pulang ke KL. Mama rindukan aku. Mungkin mama juga mahu menggantikan kembali masa-masa terbuang antara kami dulu. Nantilah mama (kata-kata yang sama selepas 4 tahun)

Aku baru baik demam.

Wednesday, August 30, 2006

At First Sight : Love or Lust

Have you ever come across a total stranger and realise there's an affection built in yourself. People says it is Love at first sight or was it actually Lust at first sight?

Been wanting to post this entry for so long but hesitated as even I myself am not sure which feelings is which that I felt at that precise time.

So I'm leaving this to you readers to help me out, speak out your thoughts k. I speak mine up after reading yours.

Ta ta

Monday, August 28, 2006

KOMA

Aku baru sedar dari koma dan sekarang aku sudah hilang pertimbangan.

Baru usai Festival Teater Malaysia di Kuala Lumpur dan keberangkatan keluar aku dari kantor TASGreenhall hopefully akan menyemarakkan kembali semangat jati diri yang semakin menipis.

Mohon maaflah uols, selepas entry 'Jalan ajal' blog ini juga seperti dihantar ke jalan ajalnya. Bukan apa, kekangan masa dan tanggungjawab menyebabkan aku tidak dapat menaakul dengan berkesan. Banyak cerita yang aku dapat di luar sana tapi semuanya tidak dapat aku cernakan.

Dalam kesibukan dan cubaan untuk merehatkan minda di Tanjung Bungah (haiyooo rasa program ini dah berkurun lama beb!) aku dapat satu sms yang berbunyi:

"Kenapa kita selalu sakitkan hati orang yang kita sayang?"

sms dari seorang kenalan yang baru sebulan aku kenal di myspace. Riak wajahnya tidak ada sinaran kasih sayang tapi caring dan kematangan itu ada. Aku sedang sibuk mencari kek harijadi untuk Dora so akal aku agak lambat untuk mentafsir persoalannya dan menyediakan jawapannya, lantas aku taip:

"Kerana kita sayangkan orang itu"

jawapan daripada dia?

"Betul ke?"

jawapan daripada aku:

"Yeah, really. Aku sibuk ni, nanti mesej lain k, take care"

pendapat kalian?

Thursday, July 06, 2006

JALAN AJAL

I was filling up my practical trainee's report. His training ended last Friday, much to my disgust because I’m back alone in the office (though being a quiet person, having him in the office doesn’t much memeriahkan keadaan).

The report was more like a questionnaire. Tick here, circle there and few subjective questions (part ni yang tak suka sebab nak kena susun ayat – sangat terasa nak tulis, OK je, boleh!?) but thinking that it might affect the trainee’s marks, aku tulis yang baik-baik jelah, afterall this guy was a big helper to the office in the past two months (big helper to the office ke to me?)

So, answer…answer…answer…hmm..ponder kejap at some questions and I came to this question (being me, malas nak baca the English version, I read the Bahasa one) where I have to give answer in the range of 1 – 5:

“KEUPAYAAN MEMENUHI JALAN AJAL”

Hoh! Apa ni? Dua tiga kali aku baca…dan aku confuse tiga empat kali. Ajal? Is somebody supposed to die during practical training? Well, if yes, they never mention anything about it when application arrived.

So I look for the English version:

“ABILITY ON MEETING DEADLINE”

Laaa….deadline tu jalan ajal ke dalam Bahasa Melayu but is it me or the questionnaire itself has a problem with vocabulary.

If it’s me, then, I would say:

“Patutlah semua orang takut dengan deadline”

If it’s the questionnaire, I would say:

“For a questionnaire prepared by those people in Menara Gading, hmmm…”

So, when is your next JALAN AJAL??? DRIVE SAFE OK!!!

Saturday, June 24, 2006

Jammed Tart Nenas dan Putu Mayong

Jammed! Jammed! Jammed! Jammed!
Jammed! C.Y.CHOY Jammed! Jammed!
Jammed! Jammed! Jammed! Jammed!
Jammed! Jammed! MACALISTER ROAD
Jammed! Jammed! Jammed! Jammed!
Jammed! Jammed! Jammed! Jammed!
Jammed! JALAN DATO’ KERAMAT
Jammed! Jammed! Jammed! Jammed!
Ada putu mayong! Singgah kejap!!!
Jammed! Jammed! Jammed! Jammed!
Jammed! Jammed! Jammed! Jammed!
Highway baru dah bukak………………

Wednesday, June 21, 2006

Dan Senyuman Kau Lemparkan Penuh Bermakna

Situasi 1
Kau baru pulang. Sebaik membuka pintu, kau dihujani soalan ini…

“Baru balik?”

Kau semestinya terasa nak jawab…

“Takdalah, dah lama balik. Saja je berdiri dekat pintu ni.”

Tapi kau jawab…

“Haah, baru je balik.” Dan senyuman kau lemparkan penuh bermakna

Situasi 2
Kau baru selesai mengambil wudu’ dan beberapa kesan titisan air melekat di pakaian kau. Sebaik sejadah kau bentangkan mengadap kiblat, kau dihujani soalan ini…

“Nak sembahyang ke?”

Kau semestinya terasa nak jawab…

“Tak adalah, nak bayar zakat!”

Tapi kau jawab…

“Haah, nak sembahyang.” Dan senyuman kau lemparkan penuh bermakna.

Situasi 3
Di luar hujan lebat. Basah kuyup pakaian kau kerana menempuh hujan tanpa payung atau baju hujan. Sebaik kawan kau ternampak diri kau yang basah itu, kau dihujani soalan ini…

“Hujan ke?”

Kau semestinya terasa nak jawab…

“Tak adalah, aku saja mandi sebab panas sangat.”

Tapi kau jawab…

“Haah, lebat gila.” Dan senyuman kau lemparkan penuh bermakna.

Habis Dah

Maka dua hari lepas berakhirlah seksaan sementara untuk mementaskan Neraka Petualang.

Pementasan untuk dua malam berturut-turut dan mendapat sambutan di luar dugaan telah berjaya menambat hati sesetengah pihak.

Geng produksi pun berpuas hati. Letih latihan terbayar sudah.

Selepas ini nantikan kemunculan Cik Endut.

Sunday, June 18, 2006

Dan Malam Tadi Full Rehearsal Neraka Petualang

Debaran semakin terasa. Walau sudah berbelas pementasan sentuhanseni terlibat, tetap rasa debarannya. Entah kenapa, sampai susah nak bernyawa dan sentuhanseni terasa lapar yang tersangat-sangat. Sejak sampai ke Auditorium P.Ramlee untuk calling time jam 6.30 petang, sentuhanseni tak renti-renti mengunyah. Kenapa ek?

Walaupun calling time sebenarnya jam 6.00 tapi masih ramai yang terpaksa datang lewat. Alah, kerja teater ni part-time je, jadinya semua yang terliabt ada kerja tetap masing-masing. Yang banyak cuti, bolehlah ambil cuti, yang tak banyak cuti macam sentuhanseni terpaksalah berkejar selepas waktu kerja, terperangkap dalam jammed tart nenas dan tidak mandi petang untuk memastikan kami sampai ke auditorium sebelum jam 7.30 petang.

Dalam kalut-kalut dan jam sudah menunjukkan jam 7.55 petang, baru terperasan yang kotak make-up tak sampai lagi. Macam mana nak make-up, katanya hari ni full dress rehearsal. Merasalah nanti kena maki secara senyap dengan tuan director hehehehe dan merasalah sentuhanseni berkejar (dengan kereta) balik rumah ambil kotak make-up (nasib baik rumamh dekat).

Bila sampai auditorium semula, pengarah kata tak payah make-up sebab dah lewat sangat. Sentuhanseni punbuat-buat busy salin costume segala bagai. Sekali lagi terperasan, costume sentuhanseni kurang lengkap. Orang lain ada kain ikat pinggang sentuhanseni tak ada. Terus sentuhanseni capai kain batik lepas yang terbaring cantik di atas meja make-up. Nak ikat tak sempat rasanya, jadinya gantung kat leher je, tengok kat cermin, menarik gak! Ahaks!

Tuan pengarah tayangkan semua promo-promo. Banyaknya projek Bakawalee dengan TETAMU…nak tengok? Nanti sentuhanseni suruh tuan pengarah uploadkan di blognya dan blog sentuhanseni sebab sentuhanseni tak reti nak uploadkan sendiri. I’m so not internet savvy.

Selepas promo selesai baru kami mulakan persembahan olok-olok tapi kena buat serius-serius. Tanpa warming up badan dan suara, main belasah je masing-masing on stage dan natijahnya….

Sentuhanseni terlangkau satu line, partner pulak orang baru so dia cuma mampu tersenyum cantik sebab tak tahu macam mana nak cover kesilapan sentuhanseni. Walaupun sentuhanseni dah bagi hint-hint secara senyap dan signal untuk dia mengcover tapi dia tetap tersenyum cantik dan tersipu-sipu. Pungkoq hang la Lia!!!

Nasib baik kakak yang gambarnya di bawah ini a.k.a Kak Yus mengcover…orang lama!!! Ok, kami berjaya mengcover keadaan yang gawat dan terus beraksi di pentas, selang tiga empat line, sentuhanseni tersasul lagi. Alamak…kena sumpahan apa sentuhanseni hari ini. Kali ni, sentuhanseni settlekan sendiri. Terdengar Cik Sharina Edora gelak kuat-kuat macam pondianak dapat laki.

Dan beberapa lagi kesilapan yang sentuhanseni lakukan hehehehe tapi orang lain pun buat salah jugak, jangan la piker yang sentuhanseni je buat silap tapi di akhir cerita, tuan pengarah kata pementasan itu adalah yang paling best setakat ini. Ha, yeke? Iyakan jelah, malas dah nak piker.

Hari ini show jam 8.30 malam, datang ye.

Thursday, June 15, 2006

Neraka Petualang 3

Semalam dah mengelat dari berlakon jadinya hari ini tak boleh mengelat lagi. Set pun dah nak siap. Aku ingat buat banyak set, rupanya warung seketul je. Penat je tebang buluh tapi aku tak komplen sebab aku tak tebang hehehehe

Sementara final touch pada set, props dan lighting disiapkan, yang lain, yang tak ada kerja melakukan kerja-kerja amal seperti engumpat, dengar lagu, main cucuk-cucuk pinggang, perut dan bontot hehehe ntah apa-apa permainan diaorang ni. Terasa macam mencarut tanpa suara pulak.

Bila warung siap dan lighting pun siap, kami buat technical runthrough. Seperti biasa, tak pernahnya serius, ada je benda yang nak digelakkan. Kesian gak aku tengok pelakon utama. Beria-rai dia berlakon, in character la kononnya tapi yang lain, sikit-sikit buat lawak pastu gelak, pastu buat lawak lagi, pastu gelak lagi. Dah mati kena racun pun boleh gelak lagi!

Muka pengarah jernih sikit tapi dia asyik memandang-mandang aku heheheheh aku tahu dia ada benda nak cakap tapi sebab banyak sangat benda nak cakap dia blurr..aku pulak lari-larikan diri sebab tahu benda yang nak dicakapkannya itu, kalau terkeluar dari mulutnya akan mengajak aku untuk berfikir. Argghhh…lariiikkk!!!!

Kejap je technical run nih sebab tak banyak technical Q dalam pementasan ini dan tak renyah sangat nak buat. Esok pengarah kata pukul 8 latihan mula. Alamak, aku balik kerja dah pukul 7.

Semalam di Neraka Petualang 2

Ini bukan entry semalam tapi entry untuk malam-malam latihan yang tertangguh.

Disebabkan pelakon utama mahu set juga dan pengarah kata nak buluh jugak-jugak maka kami pergi mancari buluh.

‘nak cari buluh….nak cari buluh…’

Dua team pergi mencari buluh. Satu team ke Balik Pulau dan satu team lagi ke Parit Buntar. Ya, Parit Buntar di Utara Negeri Perak itu. Team ke Balik Pulau pergi memang semata-mata mahu mendapatkan buluh. Team terdiri daripada pengarah, pelakon utama dan tokey panggung. Janji pergi pukul 9 pagi tapi pukul 11 pagi baru keluar rumah (malamnya tengok bola). Team ke Parit Buntar ke sana atas beberapa tujuan. Pertamanya untuk shooting trailer AYOB, keduanya mendapatkan atap rumbia di rumah Dora di Tanjung Berembang, Nibong Tebal dan ketiganya mencari buluh. Team terdiri daripada produksi AYOB, student praktikal TASGreenhall (hahahaha merasalah kau buat praktikal), sentuhanseni dan Cik Sharina Edora.

Sentuhanseni tak tahu apa yang terjadi di Balik Pulau. Rasanya semua ok, maklumlah boss ikut sekali. Di Parit Buntar dan sekitar Seberang Perai Selatan…. Hehehhe ni nak cerita ni…

Kami mulakan dengan shooting trailer AYOB dan photoshoot untuk watak-watak utama. Lokasi pertama, depan rumah Dora – berkumpul dan mengumpat – lama kat sini sebab si AYOB pergi makan kenduri. Pukul 4 baru mula shooting di dalam hutan paya bakau. Merasalah meredah selut dan memijak anak pokok bakau (ke benda tuh akar dia?) sambil menunggu shooting, krew yang lain, yang nyata tidak ada kerja dan tidak tahu nak buat apa, main tangkap-tangkap udang. Shah si student praktikal menjadi penjaga udang-udang yang ditangkap.

Selesai di paya bakau, nelayan-nelayan di situ memandang kami dengan blurnya. Hati mereka berkata…

“Cemperha mana pulak ni?” hehehe

Ntah sapa gatai mulut pi kata kami team Majalah 3. Konfiden abang-abang nelayan tuh jadi background actor.

Langsung ke tali air kat mana ntah tapi tepi jalanlah. AYOB disuruh berkubang dalam tali air dengan hanya berseluar pendek. Macam budak-budak tapi perutnya, berbulu hahahaha aku tak gelak sangat sebab aku naik moto dengan AYOB, takut dia tinggalkan aku. Sekejap je berkubang sebab yang lain jeles tak dapat berkubang sama. Kemudian ke tebing sungai Krian, di bawah jambatan yang menghubungkan Tanjung Berembang dengan Teluk Ipil. Shooting berjalan lancar sebab krew-krew tak kacau pelakon sebab kitaorang sibuk makan buah berembang. Sempat pau belacan, garam dan kuah rojak dari rumah Anuar (pengarah AYOB) buat cecah. Masam buah berembang nih, kena makan dengan garam, baru hilang masamnya. Sambil makan, mengumpat lagi.

AYOB kena kejar dengan anak memerang.

Jam dah pukul 6 lebih tapi apasal gelap? Oh, lupa! Aku pakai Ray Ban Sheriff LOBO. Terus kami ke Parit Buntar, rumah Latt (asst. director AYOB) untuk ambil buluh. wah, memang banyak buluh di rumahnya. Aku tak bagi ambil banyak sebab takut tak muat kereta, nanti nak masukkan atap rumbia lagi. Yang gagah-gagah memulakan kerja menebang di rumpun buluh di belakang toilet dna dapur jiran Latt. Aku dan beberapa yang tak gagah memberikan sokongan moral yang padu sambil mengunyah umbut kelapa. Umbut kelapa ni sedap, warna putih, lemak-lemak rasanya.

On the way balik, singgah mandi di rumah Dora dan ambil atap rumbia. Penuh kereta aku dengan atap dan buluh tapi baunya, bau hutan yang segar…hmmm…best. Murah je atap rumbia nih, dengan RM 4, boleh dapat sepuluh! Kalau kat OMBAK KLCC harus dia jual RM 39.90 ke atas sekeping!

Malamnya, bump-in di auditorium P.Ramlee. Letih. Pengarah nak buat run-through tapi semua buat bodoh sebab letih sangat. Jadinya masa cuma dihabiskan dengan menyiapkan set dan setting lampu. Pengarah membuat muka bermasalah hehehehe merasalah buat show free katanya.

Sungguh very the village pengalaman hari ini.

Sunday, June 11, 2006

siapakah si Neraka Petualang

Seminggu ke Neraka Petualang. Set tak siap lagi. Malam tadi director kata nak buat ssuggestive set sebab peruntukkan yang dipohon masih belum ketahuan dapat atau tidaknya. Betul juga, kalau nak buat, bila? Kalau ada tarikh nak buat pun, ada ke duit nak beli bahan-bahan? Director nak buluh pulak tu. Memanglah buluh tak payah beli, tebang je dekat semak mana-mana tapi siapa pulak yang nak menebangnya? Minggu depan masing-masing sibuk.

Pelakon utama mahukan set juga. Tak boleh berlakon tanpa set katanya. Takut hambar lakonannya. Tak ketahuan jadi dirinya nanti. Natijah kalau pelakon tak ada basic acting. Belajar acting hanya melalui keterlibatan dengan produksi tetapi tidak menghadiri bengkel-bengkel asas lakonan. Sebab kalau dalam bengkel asas lakonan – yang diadakan secara percuma di Pulau Pinang ni – perkara pertama yang diajar adalah improvisasi dalam apa jua keadaan. Sentuhanseni sendiri percaya bahawa jika seorang pelakon itu dapat master lakonan asas, ada set ke, tak ada set ke, tak ada masalah baginya untuk berlakon sebab lakonannya itu datang dari jiwa.

Malam ni ada latihan lagi. Maka satu perlawanan bola sepak Piala Dunia terpaksa dikorbankan. Nasib baiklah ada siaran ulangan. Nanti di hari persembahan lagi banyak perlawanan terpaksa dikorbankan. Sentuhanseni tidaklah ralat sangat tidak dapat menonton bola tapi teringin juga untuk merasakan kemeriahannya.

Pementasan kali ini juga tidak ada Pengurus Pentas. Pandai-pandai sendirilah pelakon untuk menguruskan keluar masuk. Jangan kelam-kabut sudahlah.

Esok sentuhanseni mahu menyiapkan trailer untuk CIK ENDUT – satu lagi kerja seni sentuhanseni untuk 2006. Harap-harapnya bolehlah ditayangkan sebelum pementasan NERAKA PETUALANG nanti.

Semalam di Neraka Petualang

"A, kau jatuhkan M," Arah si pengarah muda yang sedang dudok.
"Jatuhkan ke bawah?" Jawab si pelakon gantian (stand-in kata orang teater)
"Kalau kau boleh jatuhkan ke atas, silalah!" Si pengarah muda tersenyum sinis.
"Heehehehehe..." Kata si pelakon gantian

Friday, June 09, 2006

Bila Berbicara Dengan IQ Zero

M bertemu K di ekspo.

M:Weh, hang apa habaq? Lepaih menikah teruih sengap.
K:Ada. Hampa tak mai pun kenduri kami na.
M:Ada kerja.
K:Nilah husband kami (sambil menunjuk kepada seorang lelaki di sebelah kiri)

Salam.

K:Bini hang mana?
M:Aku hantaq balik kampung. Dah nak dekat-dekat hari dah. Aku la ni on call jelah.
K:Oh, hang tunggu dia call la. Satgi dia nak mai sini la?
M:Dak, dia la ni ada di kampung. Nak bersalin dah, aku hantaq la balik kampung,
senang ada orang nak tengok-tengokkan.
K:Jadi dia tak mai la sat lagi ni? Hang mai sorang la?
M:Ish, dia tak mai la dah dia ada di kampung. Nak beranak dah takkan aku nak usung mai sini,
satgi ciciaq kot jalan pulak.
K:Betui gak no. Bini hang mengandung berapa bulan dah?
M:Aduih.

K - dia yang menjual kuih di pentas teater, dia juga yang dirogol dipusatnya.
M - dia yang baru mendapat hero berwarna putih.

Wednesday, May 31, 2006

(!)

Seorang ex-housemate. Ini ceritanya semasa dia masih menjadi housemate aku. Sekarang dia dah berkahwin, sudah sewa rumah, sudah ada sofa yang besar, sudah ada TV yang sedang, sudah ada kereta kancil. Ini cerita sebelum dia berkereta, semasa dia masih digelar mat scoot.

Flash back......Truingggg....

Bunyi telefon (Ring tone biasa, jangan fantasikan lagu Menuju Puncak). Namanya tertera. Aku angkat.

"Hmm..." aku.
"Weh, keta hang ni pasai apa?" dia.
"Hah, pasai apa keta aku?" aku.
"Ada tanda seruan!" dia. Dalam nada ketakutan.
"Tanda seruan? keta aku kena contiang ka?" Aku. Dengan penuh debaran.
"Dak..dak.. ni, kat dashbord ni, kat sebelah meter." dia.
"Sebelah meter?" aku. Hairan.
"Dia menyala kaler merah. Ada tanda seruan dalam kurungan, menyala kaler merah!" dia. Suaranya semakin ketar.
"Tanda seruan apa pulak ni?" aku. Semakin konpius.
"Ada! Ada! Aku start enjin ja, dia menyala! Awat dia menyala? Selalu camni ka?" dia. Semakin takut.

Aku diam. Bingung. Tanda seruan dalam kurungan? Warna merah? Seperti pernah kulihat tapi di mana ya?

"Weh, la ni lagu mana?" dia. Semakin tidak sabar.

Ooooooooo.....hehehehehe

"Woi! handbreak dah turun ka belum ka?" aku. Tersenyum.
"Belum." dia. Blur.
"Itu sign handbreak, dah hang tak turunkan hand break dia nyala la. Cuba hang turunkan!" aku. Sudah mula ketawa.
"Oooooo....." dia. Yang memiliki lesen terbang.

Sunday, May 28, 2006

Dari Hati dan Nadi

Suara kasih yang tidak ternyata di bibir
Bergema hanya di dalam maya pada hati
Hati yang telah lama tersayat duri
Duri dari insan lain yang memandang sepi
Bukan kucari damai di hati
Bukan juga mencari penawar pedih peri
Tidak kuperlukan segala belas darimu
Tidak aku mahukan simpatimu
Dan rintangan yang datang terpaksa aku leraikan
Sendiri
Telah aku harungi
Segala onak dan duri
Sendiri
Untuk merintih tiada beerti
Tetapi fahamilah
Aku buntu di sini
Jiwa kukeraskan
Hatiku tegarkan
Untuk dia
Untuk aku
Tangan ini menadah
Mengadu rasa gundah
Tetapi bukan engkau tempat aku meminta
Hanya kepadaNya
Tempat aku berserah
Di luar itu pasir
Di luar itu debu
Kelabu
Sayup terdengar lagu irama syahdu
Irama dari hatiku
Namun adakah yang mahu tahu
Perjalanan waktu mengajar diri lebih tabah
Mendidik jiwa mensyukuri nikmatNya
Di hujung sana ada cahaya
Sinarnya bergema menerangi segala
Kulihat aku
Kulihat dia
Kulihat mereka
Bahagia
Pengorbanan berlandaskan keihklasan terbalas jua
Kesabaran menempuh rintangan
Berbuah kepuasan sejahtera
Di luar kini angin
Di luar kini udara
Aku masih bernafas
Dan mereka masih bernyawa
Bernafas dan bernyawa kerana jiwa-jiwa yang tulus
Ikhlas dan jujur membantu
Tiada kata seindah bahasa
Dapat mengukir seribu rasa


-Puisi untuk persembahan pentomin OKU Permatang Damar Laut sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Pulau Pinang 2006- orang kata best, aku kata tak best

Friday, May 26, 2006

Sepetang bersama Asrul

Anak mak angkat aku. Umurnya 4 tahun. Lelaki. Baru sahaja pandai cakap. Asrul namanya.

"Asrul nak abang lukis apa?" Kata aku.
"Lukis bulan!" Kata Asrul

Aku pun lukis satu bulatan yang tersenget-senget sikit.

"Nah bulan!"
"Yeay, bulan!" Asrul tepuk tangan.
"Nak apa lagi?" Soal aku.
"Lukis rumah abang!" Pinta Asrul

Aku tinggal di rumah flet, jadi aku pun lukis sebuah bangunan yang rupanya kotak.

"Bukan, ni rumah Asrul, lukis rumah abang!"
"La, rumah abang la ni."
"Bukan...bukan...ini..rumah..Asrul..lukis..rumah..abang.." Jelas Asrul sepatah-sepatah (macamlah aku tak paham apa yang dia cakap.)

"Samalah, abang duduk flet jugak macam hang. Pulau Pinang ni semua flet!"