Wednesday, January 28, 2009
Bang Bas Skolah ke Sekayu
*komen yang aku tak paham adalah komen dari komeng he he and ada satu tuh, ntah sesat dari mana ntah...takpelah, komen jelah apa pun...kalau korang happy, aku pun tumpang happy gak
so ini cerita happy di Terengganu (dah duk KL barulah gaygeh nak melawat Terengganu katanya) sempena CNY. Maha azab sesaknya tempat neh...dah la jalan-jalan kat sini just nice untuk kenderaan lalu-lalang. Kita lupakan bandar, sekarang fokus ke Sekayu.
Pernah pergi Sekayu? Aku pun inilah pertama kalinya menjejakkan kaki ke sini mushroom selalu ar pergi sebab dia orang Terengganu...(ye dop weh!). Umat manusia punyalah ramai tapi bukan yang bawak2 family, mat-mat rempit penuh!!! dari bawah sampai ke atas!! Ntah mana hala datangnye...
Sekayu neh, alah lebih kurang Sedim, Kedah but much better dari Ulu Yam, Selangor he he mari tengok gambar...
indahnya sungguh di waktu pagi burung bertiup angin menyanyi-nyanyi
tu diaaaa....berani ko tak nak mandi kat sini!
mencurah-curah neh...
peserta acara terjun bebas
acara sommersault berpusing!!!
9/ 9.5/ 9.5 / 8.5 / 8 / 9
ahli Bang Bas Skolah yang hadir
pose untuk ANTM
Tak jauh Sekayu neh dari Kuala Terengganu, cuma dalam sejam perjalanan saja. Perjalanan pun macam rilek-rilek saja takde kesesakan dan pemandangan kampung-kampung yang sangat menarik di kiri dan kanan jalan.
Airnya masih jernih dan sejuk. Cuma ada jugaklah spesis manusia yang meninggalkan sampah sarap di kawasan perkhemahan. Nak marah takleh sebab bila tengok cara diaorang tuh pun memang rasanya dah terdidik dengan buanglah sampah ikut suka mak bapak ko!!
Batu-batu yang ada sangatlah licin dan merbahaya ye. Jadi sila berhati-hati. Masa kitaorang mandi tuh, adalah sorang mat rempit neh, tergelincir, KELEKUK!! pala dia terantuk ke batu. Darah menitis-nitis mencemarkan air sungai yang jernih. Bukan ke dah pesan, jangan seronok sangat. Bila dah jadi macam tuh, terus member pucat, takde mood nak bercakap pun, tadi bukan main lagi, macam Sekayu ana yang punya...well, most of the time, we learn it the hard way kan...
orait...ada beberapa lagi entry bergambar akan muncul....keep on cumming guys ha ha
the end tata!!!
Thursday, January 15, 2009
Siti Nurhahahahhaahah
resah dan desah hati ini
namun kau seakan tidak memahami
hingga aku seperti menagih simpati
aku cari kau ke mana saja aku pergi
Sunday, January 11, 2009
Merogol Kuda Belang
Aku peduli apa kamu buat muka masam.
Wednesday, January 07, 2009
Hawwwwwttttt Asshole!!!
Then you pop-up from nowhere and marah-marah and merajuk with me because I didn’t keep your number.
Who are you again?
Enough said.
Thursday, January 01, 2009
Liana Jasmay
Tahun ini juga aku masih belum memasang azam. Ada beberapa perkara yang aku ingin capai, mungkin itu boleh dikategorikan sebagai azam.
Malas nak cerita hal ini, jadi aku nak sambung entry-entry yang tergendala sebelum ini.
LRT
Sekarang ni, hari-hari naik LRT dari Terminal Putra ke KLCC. Sekarang ni musim cuti jadi LRT tak sesak sangat (read:sesak la jugak), nanti bila sekolah dah mula buka, aku yakin LRT akan makin sesak. Letih gila nak pergi and balik kerja - tetiba rindu pula pada ketenangan naik moto 5 minit sebelum masuk kerja kat Redang - ramai sangat orang, bersesak-sesak, meraba-raba (tanpa niat), bersentuh-sentuh (dengan dan tanpa niat). Beratur punya panjang, punya lama, tiba ada pulak yang potong Q. Yang potong Q ni bukannya kutu berahak tak habis sekolah, bukannya budak-budak yang memang tak sekolah tapi adik-adik manis bertudung, makcik-makcik berjubah bagai, pakcik-pakcik yang menunggu hari untuk bersara...golongan ni yang ramai suka potong Q, suka tolak-tolak orang depan, tak reti nak bersabar.
Pernah sekali ada sorang makcik ni kena siku dengan aku. Mana taknya, gaygeh mencucuk-cucuk rusuk aku dengan jari telunjuknya (konon nak suh aku ke depan) masa nak masuk tren. Macam dia tak nampak orang tengah keluar. Sekolah manalah yang gagal mendidik makcik ni.
Satu kali lagi dengan seorang adik manis yang aku rasa dalam lingkungan 20an. Cantik. Murni. Kalau di pandang dari jauh. Sampai dekat, pintu tren pun buka. Dia dengan rela hati menyelinap bawah ketiak aku (read:aku ni tinggi orangnya), tak ada manners langsung, sanggup lalu bawah ketiak aku. Pastu, dalam tren buat muka berlagak, rasa nak sepak terajang je. Pernah tak kau tengok muka orang tu, then kau rasa macam nak sepak terajang je muka dia, walaupun dia tak buat salah kat kau...macam benci je. Ini, dah la muka macam tuh, buat salah pulak tuh, meluap-luap panas aku dengan dia. Kalau dalam komik, dah nampak api dah atas kepala aku.
Tapi inilah asam garam naik tren kan. Ada jugak masa best, macam masa pack gila sampai kau tak tahu nak letak mana tangan kau. Tersentuh sana, tersentuh sini ('TER' ya!)..jangan ada yang menjerit sudah.
KERETA
Ini yang paling aku hangin!!! Satu badan hangin. Keta aku ni, macam-macam halnya. Tayar nak tukar, absorber nak tukar, gasket nak tukar, player nak tukar, macam-macam nak tukar. Harituh pergi kedai tayar, nak buat alignment and balancing aje tapi Cina kedai tuh, tunjuk itu rosak, ini rosak, semua dia suruh tukar, gila lari bajet aku. Aku tukar yang termampu je, itupun terpaksa lari bajet jugak. Entah sempat ke tak aku nak survive till next gaji.
Silap juga beli keta ni. Keta second, tak selidik habis-habis. Masa dapat tu, lenjan tak hengat, tak reti jaga. Bila dah cerdik sikit hal keta, duit pula takde nak maintain. Sudahnya keta ni makin lama makin hancur. Sekarang jadi masalah bila itu, ini, nak ditukar.
Absorber punyalah keras sampai bunyi macam pintu rumah kayu lama yang dah berkarat tuh tiap kali naik turun bumper. Tambah-tambah bawak orang. Malu siot, bunyinya pun agak mengerikan jugaklah.
Rim tayar tuh dah kemek sana sini dalamnya. Tengok luarnya memanglah cantik. Bersukan sungguh tapi hakikatnya, dalam tu, menakutkan. Cina kedai suruh repair, RM50 sebiji rim katanya...lari bajet...aku postpone.
Starter memang problem sejak dulu. Aku je yang boleh start kereta ni tanpa sebarang masalah. Mak dan Abah aku masing-masing dah ada pengalaman keta ni mati tiba-tiba, takleh start and diaorang terpaksa balik rumah jalan kaki (nasib baik time kejadian diaorang dekat-dekat area rumah je), petangnya baru datang amek. Time tu, pulas sekali je kunci tu, terus boleh start.
Agaknya keta ni merajuk sebab aku nak beli keta baru kot? Aku teringin Honda City. Kali ni nak beli keta baru kat kedai, tak mau second-second dah. Tak mau percaya orang dah. Ada sapa-sapa nak beli Satria 1.3 tahun 1996?
CINTA ITU PENGORBANAN
Aku banyak berkorban demi cinta dan sayang aku pada dia
Dia juga banyak berkorban demi cinta dan sayang dia pada aku
Terkadang aku terpeleot, aku harap dia maafkan aku seikhlas hatinya
Terkadang dia terpeleot lalu aku sentiasa memaafkan dia seikhlas hatiku
Aku mahu terus tabah
Aku mahu semakin matang
Aku mahu terus bahagia
di 2009 ini
Dia juga begitu tapi style dia lain
So aku kena rilek....keep cool...enjoy..
Stop worrying about the future and start living the present
Enuf said.
Cukuplah kot...Selamat Tahun Baru Hijrah dan Masihi