Thursday, February 21, 2008

Abang Ipar Kau Orang Kelate ke? wakakakaka

Mak


Mak tipon dua hari lepas....ringtone bunyi lagu Suatu Masa by M.Nasir.

Aku: Hoh!? (Memang camgini aku jawab tipon kalau family yang call, diaorang tak kisah)
Mak: Tadi Pak Ngah tipon mak (suara sexcited..eh..excited!)
Aku : Ha, awatnya? (Awat = kenapa - ini loghat Penang)

Pak Ngah lagi...banyak sangat citer Pak Ngah ni, mesti mak aku nak ajak ngumpat. Aku on je, hobi kitaorang memang mengumpat tapi yang cerita yang baik-baik je.

Mak: Dia nak pinjam duit mak. Dia kata nak pinjam RM5000 nak buat rumah.
Aku : Fuuuuyooooooo......
Mak : Mak tak mau bagi, mak tak tau nak kata apa, mak katalah, mak nak pakai duit, hang nak menikah!

Aku pitam!!!!!

Aku : Dah takde alasan lain dah ka? Ini apa duk buat cerita fitnah ni!
Mak : Ha, aku nak kata apa lagi. Hari tu buleh la kata nak buat rumah, ni rumah dah siap, nak kata apa lagi! Mak pun macam terkeluaq (terkeluar) lagu tu ja! Tak dan (tak sempat) nak cover!
Aku : Adoila...bala mak oi! Ni semua bala ni! Mampuih la dia pi cerita satu Matang Pasiaq..
Mak : Ha, tulah mak habaq kat hang ni, kot-kot satgi depa semua pakat duk tipon hang tanya betui ka, hang habaq betui ja lah na!
Aku : Amboi senangnya depa punya perancangan...kita pulak nak jawab..adoi..sat nak cari calon! tapi satgi kot dia perasan ini semua tipu daya, macam mana cerhita?
Mak : Nanti kita katalah....Ha, tulah! Haritu nak nak dah, ni tak jadi pulak! Hang kata la lagu tu.

Aku pitam!!!!!

Aku : Yalah...yalah...awat yang tak mau bagi pulak kali ni? Selalu senang ja bagi orang pinjam.
Mak : Emmppphhh....!!!!! (Bunyi kekwat) yang harituh pinjam RM5000 tak bayaq lagi, nak pinjam pulak. Kata nak buat rumah, rumah duk elok dah, buat apa lagi.
Aku : Oh, itu macam ar?
Mak : Takpalah..mak nak habaq kat hang ja.
Aku : Holeh...holeh...

Pulau Fantasi
Bos ditamatkan perkhidmatan. Aku incharge! Erkkk!!! Nak kena bangun awal masuk briefing. Nak kena bertindak sebagai seorang ketua...aduh malasnya...

Semalam adalah hari yang teramat sibuk. Keletihan menyiapkan gaji pekerja dan segala mak nenek kerja-kerja HR. Macam-macam hal!

Hiburan dan Kehidupan
ASTRO aku sudah kembali ha ha sekarang tidak menumpang lagi. Hari-hari balik kerja aku memerap dalam bilik seperti kebanyakkan orang lain. Ada orang main sepak raga dengan futsal kat luar tapi aku tak reti main dua-dua permainan itu lagipun lagi best tengok TV.

Dah 2 minggu aku tak keluar, perancangannya minggu ni nak keluar. Nak ke Malaysia Travel Fair usha-usha tiket untuk ke Sydney pada bulan Mei. Mengikut congakan secara kasar dan halus, duit dalam bank, credit card dan cash adalah tidak mencukupi tetapi kerana dasar tidak sedar diri dan kegelojohan mengikut gelojak hawa nafsu, aku nak pergi jugak Sydney! Dah lama tak pergi jalan-jalan oversea. Bukan tak nak jalan-jalan Malaysia tapi masalahnya aku sekarang menetap di sebuah pulau fantasi yang sangat cantik dan top spot tourist attraction di Malaysia jadinya tempat-tempat peranginan lain kat Malaysia ni nampak macam debu-debu di jalanan je!!

Gituh statement!!! pjoe pitam!!!!

SMS
Ini bukan cerita pasal aku tak dapat SMS untuk satu jangka masa yang panjang dan mengakibatkan aku moody seperti yang berlaku setahun yang lalu. Itu semua cerita lama, cerita adik-adik tak kendo sekarang dah jadi abang-abang meletops ha ha anyway tadi dapat SMS...mesej alert bunyi lagu Mimpi Yang Tak Sudah oleh Ibnor Riza...

Ajeh: (Ni abang aku) Kawan aku ajak pi Umrah bulan 7, mau ka?

Aku pitam!!!!

Aku : Urgh!! Hmmm...Umrah ke? Tak jadi Sydney ke? Umrah ni macam berat sikitlah.

Duk dak duk dak bunyi jantung...harus aku kena tazkirah renung-renungkan dan selamat
beramal kejap lagi

Ajeh : Mak kata hang semayang main-main, tu sebab Umrah pun berat ha ha

Aku duduk tahyat!!!!

Aku : Apa ni smash-smash...yelah yelah tahulah...Sydney ar..aku takleh amek cuti panjang-panjang

Ajeh : Ha ha ha


pjoe

Apa lu tanya? Abang ipar gua kelate? ha ha ha gua mana ada abang ipar! Lu baca betol-betol komen gua ittew....renung-renungkan dan selamat merenung wakakakaka lariiiiiiiiikkkkk!!!!





Sunday, February 17, 2008

Selalu Denganmu - Mari Menyanyi Together-gether

*entry ada di bawah tau sayang..

Selalu Denganmu - Tompi

adakah waktu yg tak berbatas
untukku merasa bahagia
saat-saat aku jatuh cinta
saat ku terbang jauh ke sana

reff: selalu denganmu
kasihku selamanya
selalu denganmu
cintaku bersama

kaulah matahari dalam hidupku
dan kaulah cahaya bulan di malamku
hadirmu selalu akan ku tunggu
cintamu selalu akan ku rindu

repeat reff

tahukah kau diriku
tak sanggup hidup
bila kau jauh dariku
ku ingin di pelukmu selalu

hadirmu selalu akan ku tunggu
cintamu selalu akan ku rindu
dan tiada lagi batas ruang waktu

tahukah kau diriku
tak sanggup hidup
bila kau jauh dariku
ku ingin di pelukmu selalu

oh tuhan tetapkan rasa cintaku ini
hanya untukmu
selalu setia selama-lamanya

tahukah kau diriku
tak sanggup hidup
bila kau jauh dariku



tu dia...lagu untuk kekasih hatiku yang jauh di mata dekat di hati muah muah muah

KERJA
Kerja sudah semakin sibuk tapi terkurang sibuk apabila training yang sepatutnya esok ditunda ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Takda hal sebab semua kerja dah setel cuma menunggu hari perlaksanaan. Sedikit berdebar sebab big boss dari KL datang untuk conduct training. By the way...aku meninjau-ninjau peluang kerjaya baru di kota hmmm...dah bosan dengan pulau fantasi ini.

PINK
Semalam ada a light discuss on pink kaler (pink karer kata Dora) kat ofis. Rata-rata semua mengaitkan pink karer dengan kewanitaan.

spekulasi pelik 1: wanita "pelik" tak suka pink
spekulasi pelik 2: lelaki "pelik" suka pink

Tak tahu ke pink is the new blue? Donald Trump pakai tie pink untuk ditatap seantaro dunio dalam The Apprentice...aku takdelah suka sangat pink tapi rasa macam rugi je kalau takde collection color pink dalam wardrobe.

CINTA
Ya...aku kembali bercinta...dah, jangan cuba faham aku!!! Hopefully ini cinta yang sebenar-benar cintalah.

ON LIFE AROUND ME
Pilihanraya aku tak balik kampung untuk mengundi...ini aku habaq awai-awai. Lainlah kalau hampa nak tanggung flight aku, aku balik ha ha daftar pemilih aku di kawasan panas, jadi aku rimas ha ha good lucklah yer.

Sekarang ramai memperkatakan mengenai tubuhku yang semakin maju kehadapan ha ha kalau maju kebelakang tuh, nek nak katanya!! Takpelah, at least aku sihat walaupun sekarang ini hingus meleleh-leleh dan menjejeh-jejeh menyapa misai tebalku.

Semua orang nak kawin...aku tetap tak rasa nak kawin ha ha