Sunday, February 26, 2006

Awan yang pilu le sesangatnyer

Ahaks... aku ketawa untuk mengubat hati yang lara. Lara ke? Lara la.... lara siot.. berdarah lagik. Lama tak buat entry yang berkenaan diri, asyik mengomen orang lain je - macam bagus sangat - tak pun buat promo (sumber pendapatan gua tuh dude!).


So this time around inilah sebuah entry berkenaan diri:


Kerana cinta / Aku kembara / Bagai camar / Melintas laut / Mencari pohon untuk berteduh / Kerana cinta / Aku kembara / Ikut lagu / Bisikan hati / Mendamba kasih / Paling setia / Sepasang sayap tak terlihat / Umpama mimpi yang tersimpan / Jadi rintik-rintik hujan / Menciptakan awan yang terpilu / Puisi ini / Tercipta lantas / Tak kesampaian hajat meronakan / Gelora rinduku kepadamu / Sepasang sayap tak terlihat / Umpama mimpi yang tersimpan / Jadi rintik-rintik hujan / Menciptakan awan yang terpilu / Bukan sekali / Aku ungkapi / Isyarat jiwa dengan sempurna / Biar kau mengerti biar kau sadari / Keadaan ku yang memujamu / Sepasang sayap tak terlihat / Umpama mimpi yang tersimpan / Jadi rintik-rintik hujan / Menciptakan awan yang terpilu


yaaa... itulah dia entry berkenaan diri.


motif????


Ada kena mengena sikit lagu ni - lirik dia la - dengan hidup aku sekarang. Sekarang? Bukan sedari dulu ke? (pergh..bahasa sastera siot!) Anyway, maksudnya...


Keterlibatan aku dalam arena seni terutamanya seni teater ini kurang mendapat restu ataupun kebenaran daripada famili aku terutamanya mak aku dan sedara mara belah mak aku. Macam-macam alasan yang diaorang beri, paling best bab-bab agama la. Aku tahu dan aku sedar aku bukan pengikut Islam yang setia sangat pun, terkadang ok terkadang tidak tapi tak adalah aku nak buat citer porno atas stage (walaupun sekali-sekala bila sengkek terpikir gak nak buat - pasti laris siot - tak...tak...tak buat!! Tak buatlah! Halo...stop smiling ok!)


Dulu-dulu masa student, kerja-kerja teater nih aku buat sekadar atas minat tetapi bila dah lama sikit berkecimpung, passion mula timbul dalam diri. Tak adalah teringin sangat nak jadi artis jauh sekali nak jadi penyeri mangga, HAI ataupun mastika - tapi kalau dah kaya nanti, nak hias rumah cantik-cantik, konsep itu ini bagai pastuh boleh masuk Impiana! Anjung Seri tak mbohlah, makcik-makcik sangat..... - oppp lari topik. Cuma terasa sangat-sangat jatuh cinta dengan dunia teater... entah apa yang best sangat tapi memang best. Dah lama-lama ni, dah bercampur dengan ramai orang yang satu line, barulah tahu yang apa yang aku rasa itu dinamakan passion - passion towards arts.


"Ha, mak! Passion mak!" Kataku sambil mengunyah cekodok.
"Tahulah passion tapi kau tu sejak kerja-kerja teater ni, mak tengok tak cukup makan, hutang sana-sini. Ada duit sikit buat show pakai duit ko. Apa kes! (kesan pengaruh TV kepada orang tua)" Balas mak sambil menukar-nukar channel ASTRO. Pedas memang pedas, lebih pedas daripada segala asam pedas ke, masak pedas ke, masak cili ke... pergh berapi.


Aku tahu, jauh di sudut hati mak aku dia nak aku berjaya. Yelah, aku sorang je anak dia yang masuk U tapi bila grad, kerja simple-simple jer, yang gajinya sama dengan gaji budak yang cuma ada SPM je. Aku tahu mak sedih (erk, rasa nak nangis plak) tapi mak, mana tahu kalau-kalau rezeki aku kat sini kan. Memanglah tak boleh kaya tapi ada jugak penggiat yang kayakan. Jadi aku tahulah siapa yang aku perlu jadikan role model.


Jadinya, kalau mengikut lagu Awan Yang Terpilu dendangan akak Ning yang melerzts ittew, maklah orangnya yang


"Bukan sekali. Aku ungkapi. Isyarat cinta. Dengan sempurna. Biar kau mengerti. Biar kau sadari. Keadaanku yang memujamu"


Aku harap dalam diam mak menanti aku berjaya dalam bidang ini. Walaupun terang-terangan dia membangkang sekarang ini - seterangnya bangkangan Dewan Mesyuarat PAS Pusat terhadap konsert Mawi di Kelantan - suatu hari nanti dia akan berbangga ada anak yang menjulang award di Cameronian Awards tiga tahun berturut-turut (Erk...terberangan plak). Juga bagi pihak aku, aku sendiri tersangat ingin untuk merasakan yang perjuangan aku dalam arena seni ini ada pulangan yang paling best... best yang macam mana, tak reti nak cerita... best kat aku belum tentu best kat korangkan.... janji aku rasa best...best sangat..oh bebest gila!


Sekali ada orang kat sebelah aku tengah hafal skrip maka idea aku pun terganggu. Dah la hafal skrip Bisikan Mustika...trauma siot!!!! Lari semua idea dengan pantasnya sepantas budak-budak Bakawalee lari bila nampak LKA dan Putri Exorcism ahaks..


Da

Jujurlah padaku...

Duhai kekasih pujaan hatiku. Dapatkah kau memberiku satu erti. Sedikit rasa yang bisa kumengerti. Bukan sumpah atau janji. Buktikanlah bila kau ada cinta. Setulus hatimu bisa menerima. Sebatas kejujuran yang kau miliki. Bukan sekadar bersama. Jujurlah padaku bila kau tak lagi cinta. Tinggalkanlah aku. Bila tak mungkin bersama. Jauhi diriku lupakanlah aku. Jujurlah padaku. Bila kau tak lagi suka. Tinggalkanlah aku. Bila tak mungkin bersama. Jauhi diriku. Lupakanlah aku selamanya. Buktikanlah bila kau ada cinta. Setulus hatimu bisa menerima. Sebatas kejujuran yang kau miliki. Bukan sekadar bersama. Jujurlah padaku. Bila kau tak lagi cinta. Tinggalkanlah aku. Bila tak mungkin bersama. Jauhi diriku. Lupakanlah aku. Jujurlah padaku. Bila kau tak lagi suka. Tinggalkanlah aku. Bila tak mungkin bersama. Jauhi diriku. Lupakanlah aku. Selamanya .

Saturday, February 18, 2006

From My Bed - another artwork on stage


Theater : From My Bed
Presented by The Actors Studio Greenhall

Dates
10th, 11th and 12th March 2006 @ 8.30 pm
Admissions by donations
RM15 (Adult), RM 10 (Student)
Venue
The Actors Studio Greenhall Penang
Bookings
04 263 5400 / greenhall@theactorsstudio.com.my

From My Be
d is a collection of four monologues. Four different stories from four different characters that has nothing to do with each other but they share the same place to let it out – the bed. Their bed is where they are going to share their stories with you. There’s emotion, horror, lust and comedic element involve. Among the stories are Clit Notes by Holly Hughes, Oranges and Lemons by Mark Beau de Silva, White Sari and Years Pass by At Ziafrizani Chek Pa. The casts are Saiful Redzuan, April Spring, Jonathan Case and Shalini Sree. From the director of 12 am – At Ziafrizani Chek Pa

Clit Notes
by Holly Hughes will be performed by Jonathan Case. It is a story of a beautiful relationship between a man and his girlfriend – only that, in physic, his girlfriend looks more like a man than a woman. Thus the story embarks into questions and debate of self discovery.

Oranges and Lemons by Mark Beau de Silva will be performed by Saiful Redzuan. Whilst fighting with the cockroaches under his bed and listening to ABBA songs before he sleeps, Eugene remembers his childhood days with his mother and those uncles who come and go every night. But there was this strange uncle who came every night, even though there’s another uncle on her mother’s bed.

White Sari by At Ziafrizani Chek Pa will be performed by April Spring. A foreign woman, widowed to a local Indian guy, ostracized by her in-laws, all alone in a foreign country was sitting beside her daughter who is in a coma. Its 30 minutes before they pull the plug. The daughter is the only family she has and she doesn’t know how to say farewell to a lifeless soul beside her.

Asthmatic Years by At Ziafrizani Chek Pa will be performed by Shalini Sree. This is a story of a girl’s adventure with asthma. Listen to her moan about her miserable life as a child. A life of ‘sireh’ juice and fried river snail and of enjoying every playtime inside the house and being the burden to the family of a small income. Thus, she decided to commit suicide.

Wednesday, February 15, 2006

From My Bed - The Beginning

Dari katil yang kadang-kala terbiar sepi atau sering kali dihuni oleh seorang, dua orang dan lebih ramai orang. Nah, idea segera untuk menyelamatkan bulan Mac 2006 yang nampaknya suram di TASGreenhall.

Idea untuk mementaskan naskah ini terpendam sekian lama akibat kurangnya bahan yang dapat sentuhanseni pentaskan. Namun, demi memandangkan jadual di TASGreenhall yang kosong pada Februari dan Mac 2006, sentuhanseni gagahkan jua untuk memerah otak mencari bahan. Hingga kini, bahannya sekejap ada, sekejap tak ada, sekejap kabur, sekejap terang.

Lantas, empat buah monolog ditampilkan. Semua ceritanya berlaku di sekitar katil. Subjek katil diangkat kerana beberapa perkara:

Pentas TASGreenhall yang kecil dan terhad untuk set yang pelbagai

Katil itu sendiri saiznya pelbagai, coraknya pelbagai, bentuknya juga pelbagai

Ruang katil ibarat satu ruang persendirian pada sesetengah orang.

Dari sini timbul idea untuk mengangkat katil sebagai teraju utama.

Da.



Tuesday, February 07, 2006

Selesai satu dan satu lagi dalam proses

12 am telah selesai dipentaskan. Dah lama habis, pertengahan Januari hari itu. Sebelum raya cina lagi. Agak lama aku mengumpulkan idea untuk menulis entry mengenainya. Sebenarnya sampai sekarang ini pun aku belum cukup idea dalam kepala hotak aku. Yang ada and keep coming back is terima kasih kepada si anu anu, kepada anu dan anu. Macam berangan terima anugerah di Cameronian Awards pulak nanti.

Penerimaan penonton cukup memberangsangkan. Aku cukup teruja dengan ucapan-ucapan tahniah daripada penonton yang sedikit terkejut melihat si penjual tiket dan penjawab panggilan di TASGreenhall naik ke pentas apabila nama pengarah disebutkan.

Segala puji bagi Allah

Lakonan. Aku bernasib baik kerana setelah beberapa kali mengarah, aku semakin bijak memilih pelakon. Kali ini di dalam 12 am aku amat berterima kasih kepada para pelakon yang sangat berani dan kreatif. Berani kerana ada yang bahasa omputehnya tidak selaju arus deras Sungai Sedim di Kedah tetapi hanya sekadar Sungai Gombak di kala kemarau. Berani juga kerana ada yang cuma dapat seminggu lebih untuk berlatih. Kreatif kerana aku rasakan, pengarahan aku kali ini sangat simple dan mudah. Kebanyakkan bloking di pentas ditentukan oleh pelakon sendiri dan aku mencantikkannya. Credit should be given to them not me.

Teknikaliti. Ini agak mendukacitakan dan memerlukan perhatian yang lebih di masa hadapan. Shadow, focusing berterabur dan audio yang last minute…pergh lemah gila kerja aku bab-bab teknikal ni. Terima kasih kepada Wong yang come to the rescue dengan upah yang minima.

Audience. Mungkin kerana baru seminggu sebelum 12 am beraksi, khalayak teater TASGreenhall telah disajikan dengan rerun Cheet Chat yang mencuit hati maka ada yang sedikit skeptical dengan naskah baru daripada entah sapa-sapa juga financial problem – keperluan saving untuk ang pow CNY. Pada mulanya aku sangat khuatir penerimaan orang-orang putih terhadap pementasan ini. Manakan tidak, ini adalah satu adaptasi daripada rakan-rakan sewarna mereka. Namun, telahan aku silap, merekalah yang paling menghargai hasil kerja aku kali ini. Ada juga penonton tempatan yang sangat menyukai hasil kerja aku ini dan aku amat berterima kasih.

Ke KL? Entahlah, jarang aku mementaskan naskah yang sama berkali-kali. Secara jujur pementasan ini juga adalah pementasan yang aku kira my baby selepas Ana (2005) dan Bus Stop (2002). Untuk membawanya ke KL, banyak yang perlu aku fikir dan telahkan. Namun rasanya jadik kot. Selepas next project bulan Mac ini.

From My Bed coming up in Mac. Ini projek baru. Hujung minggu yang lalu aku selesai mengadakan sesi ujibakat. Lega rasanya dapat juga korum yang perlu. 4 orang pelakon yang pada aku ada nilai-nilai artistic mereka sendiri – ini di entry lain. Sekarang aku mencari naskah-naskah monodrama yang benar-benar mencabar untuk mereka. Sesiapa yang ada, sent pada greenhall@theactorsstudio.com segala hakcipta terpelihara.

Sayang. Datang nanti ya menyaksikannya pada 10,11 dan 12 Mac 2006

Da