Friday, April 06, 2007

Aku dah sampai

Ha ha ha ikan makan orang...ya, ikan itu memang ada di sini, di Pulau Redang. Kalau makan aku rasa boleh kenyang setahun tapi tergamak ke nak makan?

Yang menyelam itu bukan aku, yang mengambil gambar juga bukan aku dan aku rasa gambar ni dah circulate lama dah, ntah-ntah dah jadi gambar dekat T-shirt yang ada tulis WELCOME TO REDANG.

Terima kasihlah kerana menerima kehadiran aku di sini. Masuk hari ni baru empat hari aku jadi orang pulau (aih, menghitung hari pulak). Ramai kawan-kawan yang tanya best ke dekat sini, aku kata best. Diaorang tanya pulak, tak boring ke? Aku kata bila boring-boring, aku sibukkan diri dengan kerja atau aku pergi lepak-lepak tepi pantai tengok laut (background anak nelayan jerit ombak jahat! ombak jahat! sambil membaling batu ke arah laut).

Aku terima sajalah walau mana pun kompeni hantar sebab aku dah bertekad dulu yang aku nak bekerja di bidang HR dan mendapat pendapatan tetap. Tak larat dah buka mata tengah hari buta pikir, hari ni nak bayar macam mana benda yang aku makan. Juga tak larat layan mengantuk malam-malam sambil berfikir, hutang apa pula yang akan dituntut esoknya.

Aku rindukan KL. Tapi bukan hiruk pikuknya. Aku tenang di sini. Tak ada traffic jam langsung. Kereta pun susah nak jumpa. Yang ada cuma moto-moto Honda cup tapi tidak pula mereka merempit walaupun jalan raya yang ada seluas-luasnya. Pergi dan pulang kerja ada bas yang mengambil dan menghantar, kalau malas naik bas, jalan kaki 15 minit je dan kau akan rasa seperti kembali ke 30 tahun dahulu di kampung-kampung. Aku rindukan seseorang di KL.

Hari itu aku minta gambarnya di MMS kan kepada aku. Aku tak tahu pulak nak kena activate dulu MMS ha ha kesian dia, rugi beberapa puluh sen. Sekarang ini aku cuma dapat membayangkan dengan gambaran dia dalam kepala otak aku. Lambat lagi rasanya nak balik KL ni. Dia pesan jangan nakal-nakal sebab dia tahu aku memang nakal. Aku kata aku tak nakal, cuma menjamu mata sahaja. Orang luar? Orang tempatan lagi comel!

Sekarang ini aku sibuk menyiapkan kerja-kerja untuk orentasi pekerja baru minggu depan. Aku lebih senang begitu. Rimas aku kalau duduk melanguk tak buat kerja. Masa tulah nak teringat-teringat yang di sana. Ingat kerap sangat pun tak elok juga nanti jatuh cedera parah.

Orang-orang di sini semuanya baik-baik. Peramah. Suka tersenyum. Aku pun mudah juga nak membalas senyuman, rasa seperti sangat diterima. Ada jugalah yang menyombong tapi rasanya memang dia dah dilahirkan begitu kot ha ha lama-lama nanti dapat la aku tegur.

Kamu orang mahu datang sinikah? Datanglah jenguk-jenguk aku. Tapi jangan mimpilah aku nak dapatkan diskaun sebab diskaun yang boleh diberikan pun ciput sangat. Kamu orang tunggu harga promosi atau off season, ha, yang itu murah! Atau menginap saja di Pasir Panjang (sebelah satu lagi pulau ini).

Aku mahu pulang. Malam nanti mahu kembali ke hotel untuk dinner. Rindu kamu orang tapi tidak setebal rindukan si dia.

19 comments:

  1. wah wah. bes sungguh...

    bila nak jemput makan nasik minyak ni?

    ReplyDelete
  2. Art makan nasi minyak?

    Kuang...kuang...kuanggggg......

    Art, yang comel-comel tu rekemen kat aku sama (tapi jangan lupa taste kita berbeza).

    Psss.... off season tu bila? Duit ada bole la buat retreat. Member hang yang cakap berulang tu kan banyak duit.

    Dah ada gaji tetap, boleh la naik lagi bayaran ye. Member hang sorang lagi tu ja dah janji berapa kali, tapi tak juga tunai.

    Bahaya tu, sabar manusia ada batasnya.

    Kirim salam kat ikan arapaima gigas (ada ke kat situ?)

    ReplyDelete
  3. Wah, betul seperti kata Yut. Seronoknya.

    ReplyDelete
  4. sayuti:
    jemput makan nasi minyak? Di sini nasi minyak adalah hidangan breakfast...jemputlah

    PK:
    SITI!!!!!

    Off season bulan 3,4,9 & 10

    Nantilah sat naik bayaran tuh. Kawan aku tu pun aku dah peringat dia..

    Ikan tongkoi ada la ha ha

    Ku keng:
    Ya...memang seronot...mai la

    BP:
    Aku juga jeles melihat gambar2 Muarmu ittew

    ReplyDelete
  5. Banyaknya telur penyu kat sana mesti berselera lebih.......hhmmmmmmmmm
    hati2 dengan telur penyu busuk.....aku tokey panggung

    ReplyDelete
  6. kali terakhir ke pulau redang tahun 1986. naik satu bot dgn mek-mek saleh berbikini.

    ReplyDelete
  7. Redang?? Jealousnyaaa. I need a holiday jugak man.

    ReplyDelete
  8. wahai sentuhan seni...dimanakah hang bekaja la ni??
    kalu kat tempat peranginan bleh kasi aku spesel rate ke?

    ReplyDelete
  9. Hoi, check out blog kawan-kawan bila free.

    Tegezoot@paranormal
    butaseni@bukalah mata wahai melayu
    kerislekuk7@anakklate
    latt75@papacekup
    crunchyahcock@........

    ReplyDelete
  10. tokey panggung:
    telur penyu??? hmm...adakah double meaning yang tokey maksudkan? Oh, saya suka!

    zizie ali:
    sekarang yang bukan salleh pun dah berbikini

    leen:
    you should be jealous!! mai la mai la

    crunhyacock:
    porno sungguh namamu ittew. Aku la kat Pulau Redang. Spesel rate? mampukah?

    PK:
    wah, semakin meriah..kalau dulu bersembang dengan hang ja kan

    ReplyDelete
  11. walaupun dah lama tak masuk entry..
    tapi komen dok banyak tu jugak.
    ini menandakan blog hg syok sendiri je lalalala

    ReplyDelete
  12. hi art!

    Just dropping to see how u are doing :)
    If i visit redang, i'll definately call you!

    ReplyDelete
  13. kau sure makin gelap kan art. hahahhah

    nanti kalau aku honeymoon kat sana, aku cr kau k.

    ReplyDelete
  14. Salam, entri ini mengundang saya untuk bersuara buat pertama kali walau sering mengintai-intai...Pulau Redang itu memugar kenangan silam :)

    Moga selamat semuanya.

    Salam kenal :)

    ReplyDelete
  15. ko tak adil..hari tu ko baru cakap kat akak yang ko rindu kat akak lebih tebal dari dia...ko ni mmg tau Art..kejiiii!kejiiiii!kejiiii...muahahahaha...bleh ke nak sabotaj macam ni??muahahhaha

    ReplyDelete
  16. buat nasik lain la pulak, asik nasik minyak jer...

    ReplyDelete
  17. butaseni:
    biaqlah komen tak banyak asalkan bukan dibanyak-banyakkan lalalala

    JTYC:
    yes...yes.. call me

    Senah:
    Eleh nak kata aku gelap, macam kau tu putih sangat

    Bunga RAmpai:
    ooo...kau suka mengintai ye..salam kenal

    MR:
    Mulutku manis umpama gula kerana aku tanam tebu di tepi bibir he he rindunya kat dia tapi hari ni dia tak sms pun...

    Naga:
    ye..aku jua lama tak menyinggah blog sendiri ha ha

    ontahsapo
    lama aku tak makan nasi ambeng

    ReplyDelete