Wednesday, May 13, 2009

Fuck Me!!

Harituh aku tengok wayang..ya, wayang yang sama di mana sekumpulan anak dara sunti mengeletis di dalam panggung lalu tidak memahami etika menonton dikhalayak ramai ittew.

Dan kawan sebelah aku ni (yang membelanja aku pop corn) bengang dengan sikap mereka ittew. Nak buat macam mana, mak bapak diaorang tak ajar, kalau ajar pun, diaorang jenis tak makan saman.

Jadi, ini cerita dia yang berkenaan dengan tajuk di atas.

Kami tengok cerita yang sepatutnya cerita hantu seram. Jadi adalah elemen-elemen terkejut opocot opocot ittew....

Lalu bila tiba masanya kawan aku ini pun terkejutlah..

"Fuck Me!!" latahnya...

ya, itulah yang diulang-ulang setiap kali dia terkejut..

wakakakakakakakakka

aku nak je jawab...

"takmo! takmo!"

Tapi sebab dia belanja aku pop corn aku diamkan aje dan aku rasa orang tak perasan dia dalam panggung tuh sebab pigment kulitnya berwarna dark..

Monday, May 11, 2009

Terima Kasih Daun Keladi

Semalam, pulang dari cuti hujung minggu di Putrajaya, ada satu objek yang menarik perhatian aku di ruang tamu rumah.

Sebuah 'play-mat' yang kami (famili) cari-cari selama ini buat anak buah si Atiqah.

Lama kami cari yang harganya berpatutan dan bentuknya menarik tapi tak ketemu juga. Hari Sabtu kami ke Mid Valley, cari lagi...tak ketemu juga yang menawan hati. Lantas ayahnya kata mahu cari di internet saja.

Jadi bila aku nampak benda itu sudah berada di rumah aku semalam, aku ingat abang aku dah beli, rupanya...

Jiran sebelah bagi sebagai hadiah..entah macam mana dia tahu itu yang kami cari, kami pun tak tahu..

Jiran kami tu Cina...pun ada baby nama Isaac. Jiran sebelah lagi Melayu...haram tak bertegur..

1 Malaysia kata kau...

Saturday, May 09, 2009

Dari Mata Ini Aku Melihat Kamu

Walaupun janjinya 5 hari 5 malam sahaja tapi entry penutup pada kegilaan keTOMOKan ini aku rasa ada perlunya juga dipaparkan pada umum.

Sepanjang aku paparkan entry mengenai persembahan TOMOK ni, kalau diperhatikan kepada komen-komen yang ditinggalkan, kebanyakkannya nampak perubahan yang cuba dibawa oleh TOMOK tapi tak kurang juga yang gagal untuk melihat (atau tidak mahu melihat?). Agak mendukacitakan apabila komen adalah pada rambutnya, seluarnya, persembahan-persembahannya bersama New Boyz dulu dan macam-macam lagi yang aku rasakan kurang relevan tetapi itu mata anda, anda berhak dan aku tak boleh mengubah itu.

Sebenarnya, entry-entry kegilaan ini menjadi penghias blog sentuhanseni bukan kerana aku ni minat gila pada dia dalam apa bentuk sekalipun.

Ini kerana aku rasakan ada perubahan kearah kematangan dan sesuatu yang lebih segar dari pihak TOMOK. Dapat dilihat pada kesungguhannya untuk membuktikan kemampuan diri dan bakat yang ada.

Kesungguhan inilah yang menarik minat aku. Apa saja kesungguhan yang sesiapa jua tunjukkan dalam mereka menuju ke arah matlamat mereka, itu akan menarik minat aku. Akhir sekali, berkat usaha dan kesungguhan itu, nah, dia berjaya.

Penegasannya di sini, dengan kesungguhan, kejayaan pasti akan menjelma dan menjadi milik kita.

Aku berani kata, sehingga selepas entry-entry ini dan juga kemenangannya, aku masih belum menjadi peminat TOMOK...tapi aku menghargai usahanya dan aspirasinya.

Itulah yang sebenar-benarnya tujuan segala entry keTOMOKan ini. Melihat kepada sesuatu dengan mata hati dan akal, melangkaui apa yang kita mampu lihat dengan mata kasar.

Itulah sebabnya 'Dari Mata Ini Aku Melihat Kamu' menjadi tagline blog ini.

Nah, dua klip terakhir dari OIAM yang aku rasa berbaloi untuk anda tonton...


opening performance


nak nanges, bley?!

Friday, May 08, 2009

Thursday, May 07, 2009

5 Hari 5 Malam ~ Petang Keempat

Millionaire's performance



well...dia dah ada sejuta sekarang. KAU ADO???

TAK ADO!!!!

Wednesday, May 06, 2009

Tuesday, May 05, 2009

5 Hari 5 Malam ~ pagi kedua

vocal not so good this time around. the stage usage was excellent but very close to merata-rata



listen to paul and shafinaz at the end of the performance yeah!!

Monday, May 04, 2009

5 hari 5 malam .... malam pertama

layan gak lagu Rindu Terhenti neh..


tahniah kata aku...

NEXT!! kata shahe

hahahaha gelak kak pinky

Saturday, May 02, 2009

Untuk anak-anak dara sunti

Untuk anak-anak dara sunti dan mereka yang baru habis exam lalu berniat menonton wayang...

Boleh tak tolong offkan handphone tuh bila menonton wayang???

Boleh tak jangan nak berebut seat and gaduh sape duk dengan sape dalam panggung tuh...kalau nak beromen, sila buat pilihan sebelum masuk panggung!!

Kalau takut dengan hantu, jangan tengok citer hantu!!! Simple rules!

Kalau nak lepak-lepak ber'girl talk'.....ada sebabnya food court, restaurant, park with benches disediakan...sila jangan overshadow cerita yang sedang ditayangkan di layar...

owh, anak teruna juga berperangai begini..tapi tajuk di atas adalah lebih catchy

Friday, May 01, 2009

Berani aku tak upload show TOMOK


i dont like the arrangement but then again...it works..


with some family drama at start



heh, next! kata Shahe hahaha makan hatilah ko...don't forget tonite...the final.