Thursday, August 28, 2008

He is going for a month leave
Pesan nya:

“Selamat tinggal kengkawan... jangan sedih.. aku cuti sebulan jer...”

Assalamualaikum,
Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah
Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Di kesempatan in saya memohon ampun dan maaf di atas kekasaran tingkah laku dan tutur kata yg pernah dilakukan. Halalkan makan dan minum selama kita bersama. Semoga hidup kita diberkati ALLAH sehingga bertemu RAMADHAN yang MENDATANG!!!

sentuhanseni

Tuesday, August 26, 2008

3 tahun uols!!!

OMG!!!!!

this coming 31st, this blog gonna be 3 years old!!!

how can i tak perasan ha ha

OMG!!! OMG!! OMG!!!

Saturday, August 23, 2008

ha ha coverina sangat

yes yes inilah cara-cara cover yang paling meletop boom boom boom


cuba perati muka misha masa dia tarik part 'kau sungguh kejam' nampak sangat dalam hati tengah kata...alamak sangkut pulak!! Tapi memang tabik spring ar...cover dengan duduk tuh!!

satu lagi cara yang memang Anugerah Academy Award katanya


janganlah ketawa??? aku tengok kau sendiri nak ketawa....wakakaka yang ni pun tabik spring...baru tersembam gedebuak atas stage..dah buleh tarik lagu tinggi-tinggi..catwalk konfiden macam takde apa yang berlaku.

Both happen on the same nite! same performance! one after another ha ha that's what friends are for kan...

Yang dua ini pula coverina yang tak jadi sebab tak reti...kurang pengalaman kot


aiyoooo...what happen apa terjadi?


Azuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuraaaa!!!! Panjang giler....Jamal pun tak mampu nak buat he he nak celen Mus May kot

Both of this also, on the same night, same performance, one after another...

Nak duk atas stage tuh, kena pandai cover dik...jangan tunggu PC baru nak cover..contohilah akak dua orang yang sangat diva ittew!!

Friday, August 15, 2008

Pengalaman Bercuti di Kampung Semasa Cuti Sekolah Yang Lalu-Episod 4

Semalam dah jalan kaki menyusuri George Street hingga ke Harbour Bridge. Hari ini, destinasinya sama tapi kami dah tak nak jalan dah, cukuplah. Kami naik bas yang sangat menepati waktu. Sangat, sangat! Pada jadual yang tertera, bas akan tiba jam 9.35 am dan tepat 9.35 am bas itu terpacul depan mata macam silap mata Mawi. I'm impress...

Perjalanan dengan bas taklah lama sangat, dalam 10 minit je tapi yang tak bestnya bas ni, bila dah sampai destinasi terakhir, takde pulak pilot tuh bagitahu, dia buat diam je. Tourist macam kita ni manalah tahukan, ramah tamah le sikit...kekwat!

First stop is The Rock. Sini pun ada macam fleamarket yang kebanyakkannya gerai-gerai menjual barangan hasil-hasil seni. Di Malaysia ada ke? Selain pasar seni? Di sini ada yang pelik-pelik, yang kita tak pernah terpikir nak buat jual, yang kita tak pernah terpikir kalau jual boleh buat duit tapi memang boleh jual dan boleh buat duit.

Ada satu kedai pancake yang sangat famous dan sangat panjang ok beraturnya, kitaorang tak taste pancake so kitaorang tak berahi nak beratur dalam sejuk-sejuk tuh ha ha

Sedap adik ni makan jagung...
Dari The Rock kami sekali lagi menyelusuri tepian pelabuhan menuju ke terminal feri. Sekarang ni cadangnya nak ke Darling Harbour tapi tak nak naik bas atau train, nak naik feri. On the way snappy-snappy sikit feeling-feeling buat shooting pakaian musim sejuk he he

meletupnya...sapa tue?

Cuaca sangat mencemburui perjalanan kami ha ha geli aku pakai ayat ni. Masa nih hujan renyai-renyai tapi ada 5 orang rakyat Malaysia yang water proof selamba chumel-chumel catwalk dekat harbour tuh tak hiraukan pun hujan, nak rasa sangat angin sejuk Ostolia katanya. Bila hujan dah lebat, kitaorang lepak kejap dekat Museum of Contemporary Art. Rasain, satu family aku dedahkan dengan contempt art ha ha memang diaorang blur masuk sini, tak tahu apa yang sepatutnya diaorang tengok. Ada satu artwork tuh, memang brings a shiver in me, seram je tengok tapi bukan gambar hantu ke jelmol ke macam kat muzium negara tuh, cuma susunan senjata aborigine Ostolia dalam sebuah bilik. Dengan lighting, sounds, dan tajuk artwork the assembly, memang meremang bulu roma, memang kau rasa you are part of the assembly. Gambar takdelah, dalam galery mana buleh amek gambar...keji nak snappy-snappy hasil kerja orang lain!

Bila hujan dah reda sikit (sikit je, tetap gerimis lagi) kitaorang sambung catwalk ke terminal feri and borded a ferry to Darling Harbour. Aku dah tak sanggup menahan sejuk, jeket ZARA dah kurang membantu sekarang ni tapi family members yang lain gigih bergambar kat luar...kulit tebal agaknya.

wah bunda pose neh!! terteleng-teleng pose URTV katanya
sejuk, tak sempat nak cover

sempat cover sebelum kena snappy he he

Di Darling Harbour ni pun banyak juga tarikan dia ada wildlife park, harbour dining outlets, maritime museum, at times ada street theater performance. Maybe because of the rain, so ada satu je performance, itupun sangat gaygeh in other words tak best cuma kadang-kadang ada unsur spontan yang menarik tapi tetap tak best.

Di maritime musuem ada menempatkan sebuah kapal perang dan sebuah kapal selam Angkatan Tentera Laut Australia yang sudah tidak digunakan lagi. Itulah nasibnya setelah sekian lama berjasa, oleh itu janganlah kamu berjasa sangat sebab nanti kena jadi bahan muzium ha ha jadilah orang yang tidak berjasa supaya kau boleh Rest In Peace ha ha voleh!!

kapal perang dan kapal selam berkarat yang dijadikan bahan tontonan...no navy on board!!
it's black, camne Beatles buleh buat lagu Yellow Submarine?
mari masuk submarine...sangat cost saving buat pintu kecik
small bro got excited with all the buttons!!!
Nothing much inside here, macam kau masuk mana-mana muzium je. Adalah sorang pakcik tuh dia bagi penerangan sikit pasal submarine nih, kitaorang pun kusyuk dan kagum ar dengar...oooohhhhh....aaaahhhhh...waaaaaahhhhh...semua keluar, memang kagum gila hinggalah ke saat big bro tanya dia:

"Were you on of the navy serve in this machine?"
"No"
"Were you in the navy back then?"
"No, I just do volunteer work here"
"Cerita bukan main lagi, entah-entah propah je" ha ha yang ini ayat aku seraya berlalu dengan muka kekwat seorang pelancong.
oooohhhing and aaaaahhhhiing...kekaguman tidak terbatas
erk, I think I've shoot the captain
so now I'm the captain
since I'm the captain, we can now sail to war!!!! This is the compass right?"
this is not a navy, this is Hassan the I'm not so obedient moslem from Iraq, he told us where to find halal food, an outlet where we didn't find to date

alamak, I'm late for appointment..da

Monday, August 11, 2008

Pengalaman Bercuti di Kampung Semasa Cuti Sekolah Yang Lalu - Episod 3

So now, perjalanan diteruskan walaupun kaki dah lenguh dan cuaca sangat sejuk ok. Kitaorang jalan kaki je menyusuri George Street menuju ke Harbour Bridge. Sejuk sangat tak hengat cakap lu tapi gaygeh juga berjalan ni, nak tengok George Street katanya. Aku tak kisah sangat sebab aku pakai jaket Zara opppppsss…tersebut pulak. Semua orang tak kisah sebenarnya, even bunda was very energetic despite her age.

This part of Sydney is actually design part by part. From Chinatown to the Opera House you akan jumpa Entertainment district where all the theater, cinemas, arcade and any entertainment outlet you can name of. Next block is the shopping malls section-where Queen Victoria Building is, followed by offices blocks then later the arts section which stretch till Opera House. Semua ni along George Street and Pitt Street. No, Pitt Street has nothing to do with Brad Pitt. There’s a story on Pitt Street but I can’t remember, I ingat George Street je lagipun perjalanan hari ini adalah sepanjang George Street.

George street ini kisahnya merupakan settlement pendatang yang pertama sekali di Australia. Bukan sempena nama George O’Malley, Grey’s Anatomy ya! Orang-orang Australia ni (selain dari aborigine) asalnya adalah banduan-banduan yang dibuang negeri dari england sanun. Omak ai…jauh bonar kau kono buang eh jang, cam mano mak nak molawat ko rayo nanti!?

Mesti kalau kena buang jauh-jauh ni sebab kesalahan-kesalahan beratkan macam membunuh ke, mengaku diliwat ke, mengadakan perhimpunan haram ke tapi rupa-rupanya ada yang kena buang sebab curi kuda dan sebab curi pisau dapur. Curi kuda tu maybe la kesalahan beratkan masa tu, maybe kuda mahal tapi curi pisau dapur???? Buleh!!!! Macam tak berbaloi je kena hantar jejauh sebab kau curi pisau dapur. MR kau jangan nak curi pisau dapur aku, nanti aku hantar kau ke Ostolia ha ha ha neways, si pencurik kuda dan si pencurik pisau dapur akhirnya bertemu jodoh di Ostolia katanya…kan…ada hikmah di sebalik setiap yang berlaku.

Ini sejarah betul tau, aku baca kat dinding muzium yang berbentuk rumah separuh horror ha ha tapi macam kelakar jugaklah, diaorang ni dulu banduan, pastu kena buang negeri pulak tu, tapi bila dating sini, buka penempatan, tiba-tiba beratus tahun kemudian nama diaorang gah sebagai pembuka Ostolia. Padan muka makcik-makcik kat kampong tuh yang kutuk-kutuk diaorang pencuriklah segala bagai, korang ada nama diingati dan disebut-sebut sehingga beratus tahun lamanya? Nan ADO!!! Eh, ADO?? Hiks…nanti ada orang terasa pulak hiks..neways aku rasa auntie yang curik pisau dapur tuh memang sengaja mencuri sebab nak pergi melancong ke Ostolia katanya. Nak curi benda mahal-mahal tak reti sebab diri tu bukan pencuri so curi benda yang biasa-biasa jelah.

On the way we stumble upon this junction to Liverpool Street. Small bro pointed to me the three monkeys which remind me of the movie see no evil, hear no evil and speak no evil. The place looks interesting but not for me ha ha

Meriahnya dengan lampu

Tadaaaa…Queen Victoria Building (for more information on this building asked Mr. Google or Ms. Yahoo)

The building is so nicely crafted and magnificent tapi wait until you see the interior.
Tadaaaa….melertskan….look at the mosaic!! Ignore the SALE bunting.

This is actually a shopping mall with the exterior of bangunan dulu kala dan dalamnya dipenuhi dengan branded shop outlets hinggakan brand ko tak pernah dengar pun ada tapi the way they presented their outlet seems like they are some big brand ar. We didn’t shop here because half of the outlet you can find kat KL, the price is almost the same, even with the sale so what’s the point.
Look at this stairs….beside it is an elevator with an old system…aku rakam tapi dah terdelete he he
And this is gents….
Sebenarnya singgah sini nak kencing je ha ha lariiiiiiiikkkkk…..

Jauh lagi ni nak sampai ke Harbour Bridge..
He he macam spookykans
Ha ha OMG!!!! This is TMTH uols!!!
Puff Daddy pergi clubbinglah tew
First glimpse of Harbour Bridge..

Masa ni ingatkan dah pukul 11 malam ke hapa sebab dah lama sangat jalankan, rupanya baru pukul 8.30 malam. Tapi crowd macam dah kurang pulak. So kitaorang snappy-snappy berlatarkan Harbour Bridge and Opera House dalam hujan gerimis dan kesejukan malam.

wah...penamat macam penamat citer novel ayat-ayat cinta pulak....ewah..ewah..eh eh

Next day pulak na..

Thursday, August 07, 2008

Pengalaman Bercuti di Kampung Semasa Cuti Sekolah Yang Lalu-Episod 2

Tiba-tiba terjumpa pulak sedara butaseni….

tu dia sedara dia…sedara hang kata raya tahun ni kalau cukup duit dia balik he he jauh sedara hang merantau na…

This is one unique thing that you can find here. That’s an aborigine Australian playing a didgeridoo. Didgeridoo ni adalah alat muzik tradisional orang asli Australia yang sedap sangat bunyinya kalau pandai meniupnya. Kalau tak pandai memang tak bunyi apa, air liur kau je yang keluar ha ha kenapa aku kata unik kerana kalau kat Malaysia, susah kau nak buat persembahan kesenian macam ni, kau akan dikatakan mengganggu ketenteraman awam dan rakan-rakan niaga lain akan mengadu kepada PBT sebab kau tak bayar sewa tapak tapi buat duit, diaorang sewa tapak, tapi tak buat duit. Itulah marketing plan yang paling bagus, salahkan marketing plan orang lain akibat kegagalan marketing plan kita ha ha oppppssss…ini entry lain.

Eh eh siti nurhaliza? Hik hik


Small bro depan grand central station. Grand central station is their KL Sentral tapi lagi besar dan kau boleh sesat, KL Sentral kau tak boleh sesat tapi kau boleh berlanggar-langgar dengan orang lain. Sempit sangat dan panas. Oppss…terkutuk pulak.

Sebenarnya masa ni, kitaorang dah takde idea nak pergi mana dan perut sangat lapar. Dengar cerita ada kedai makan melayu kat area george street. Kaedahnya cari makan melayu kat ostoliakan…tak cukup-cukup makanan melayu kat Malaysia? This is more on safety measures he he halal food punya kes.

A place call kafe kasturi at valentine on george katanya. Owner is a Sarawakian, well itu yang staff dia cakap, who is also a Malaysian, dari gombak lagi cuma mula tu kitaorang ingat dia some African-australian dengan rambut afro and slang segala ha ha rupanya buatan gombak je, oklah but he was very nice, friendly, all the quality you need to be a part-time waiter. OMG aku sangat jahat.

Unfortunately this place only open at 5 pm dan pada masa kitaorang sampai tu it was 3 pm, perut dah lapar gila tapi tetap gaygeh menahan sebab nak makan kat situ jugak. Well apparently Anuar Zain, farah AF and Mawi makan kat situkan….perlu ke? So we walk around the neighbourhood for how many rounds I couldn’t remember tapi jauh jugaklah perjalanan kami untuk mengisi masa-masa terluang. Inilah hasil pengisian masa yang sangat efektif.

Cubaan small bro untuk membodek bonda menambahkan elaun bulanannya.
I'm looking for the 187 calon teman hidup sepenuh masa….takers??

Bonda kata teringat merpati kat trafagal square

Aku sepatutnya ada pic kat dalam kafe kasturi ni…tapi he he dalam kamera kat KL, nanti abang aku dah emel, aku uploadkan.

Bunda was very sexcited jumpa orang Melayu, siap ajak budak tuh sembang lagi, nasib baik budak tu sedar yang dia sedang bekerja, kalau tak aku rasa boleh buat sesi mengumpat. We had a good meal jugak, memang Malaysian food dan sangat sedap. Ok, food takde gambar ye, me not the kind amek gambar-gambar food...I just can't make myself to do it.

After a brief sexplanation on what's nice to see at night around the area by the waiter (till now I can't remember his name) kitaorang blah dari situ dengan perut yang sangat kenyang. There was a group of Malaysian student from Melbourne I think kat meja sebelah, sempat lagi aku bagi peringatan kat diaorang:

"KORANG BELAJAR JAUH-JAUH NI, BALIK MALAYSIA ADA KE COMPANY NAK AMBIK KERJA?"

Lariiiiiiiiiiiiikkkkkkkkk......terus ke George Street dan menuju ke Harbour Bridge. takdelah lari...metafora je tuh, kitaorang jalan kaki.

So next entry kita tengok George Street pulak ye

To be continue

Wednesday, August 06, 2008

PAKEJ PERCUTIAN MUHIBBAH

Promo sket nih...dah murah dah, jangan nak suruh aku belanja lagi...untuk mengelakkan inflasi, eloklah korang belanja diri sendiri ataupun korang punya 'coffee boy' ha ha

Marilah beramai-ramai bercuti di Berjaya Redang Spa Resort dengan pakej percutian menarik untuk anda ha ha

Pakej 3 hari 2 malam termasuk makan, feri dan snokling hanya RM320.00 sajork seorang!!!!

Nak murah lagi, beli pulau sendiri, buka chalet sendiri!!!!!

Ini staff price so kalau korang nak, U have to let me know and I do the booking for you...cakap omputeh lagi...tapi harus diingat, early bird catch the worm first ha ha

mari! mari! mari! Tawaran sah sehingga Oktober 2008 call 0179393429 for bookings

Tuesday, August 05, 2008

Pengalaman Bercuti di Kampung Semasa Cuti Sekolah Yang Lalu-Episod 1

Tajuk sangat karya-karya karangan masa sekolah rendahkan? Pastu tulis dalam buku berita. Sekolah korang ada buku berita tak? Alah, page dia separuh kosong di mana kau buleh lukis-lukis dan separuh lagi ada line. Budak sekolah aku panggil buku berita, cikgu pun panggil buku berita.

"Keluarkan buku berita!!!!" kata cikgu dengan nyaringnya.

Hari ni cikgu nak kata....

"Blog kau dah bersawang!!!! Orang atas kapal tengah laut chronicle kapal laut pun buleh hupdate katanya, dah memang dasar pemalas!! Cubalah ambik contoh orang kaya atas kapal laut tuh...oppppsss!" ha ha semua orang tak faham...dua orang je faham kan kan

Ingat wahdi je pergi Ostolia, aku pun pergi Ostolia...naik MAS lagi!! Dia pergi naik Air Asia sajork ha ha gaygeh nak bergaduh dengan orang. Ini cerita aku kat Ostolia...alah yang aku pergi holiday and tak bawa balik souvenir kat korang tuh, hanya cerita-cerita yang mampu membuatkan korang jeles sahaja dapat aku persembakan. Rasain...

Dah sebulan lebih balik dari Australia, ni baru nak wat entry pasal Australia ha ha matila busy sangat katanya. By the way, gambar kurang sangat sebab aku bergantung harap kepada gambar-gambar yang aku snap dengan camera handphone 3.2 megapixel sahaja (tetap gaygeh nak menyebut pixel kamerakan). Gambar-gambar dalam kamera aku tertinggal kat KL dan video-video yang rakam semuanya aku terdelete. Exactly….sangat tidak disengajakan terasa nak patah balik Australia and rakam semula ha ha nantilah dapat sugar daddy aku buatlah perkara-perkara pelik macam tu.

This was a family trip so don’t expect something that’s wild…semua tindakan dikawal dengan penuh berhemah ha ha

Bonda mengecek takut tertinggal passport dan mengecek senarai barang-barang yang diorder oleh makcik-makcik persatuan ibu bersara. Big bro sedang mengingat kembali dia apply ke tak cuti ni

We landed in Sydney in a very cold weather. If I’m not mistaken it was 17ÂșC, gila babas punya sejuk, nasib baik ada jaket Zara (perlu ke?) tapi tetap gaygeh kitaorang lima orang berdiri teguh di luar airport blur tak tahu nak buat apa. Bukannya tak ada tempat menunggu kat dalam tu, saja nak test ketebalan kulit.

muka terkejut kena angin sejuk winter di Sydney tapi tetap maintain berlagak

We stayed at this backpackers call Westend or Legendhasit Westend (dah hari nak balik baru aku perasan ada unsur-unsur riak dan takbur pada nama hotel ni ha ha), whateverlah, yang penting tempat ni murah, convenient dan sangat sesuai dengan kami yang berfamily trip ini.

Biliknya just spacious enough for 5 people with 2 double deck with one double deck has a queen bed for the lower deck. Bathroom was comfy enough and nobody was complaining, just that you have to queue la kalau nak mandi ke, nak berak ke, nak kencing ke…nak make-up ke kan…tapi inilah peluang untuk sentiasa sambung tido dengan alasan, ada orang dalam bilik air.

First incident!!!! Orang jarang-jarang sekali nak pakai heater…terlembablah jugak semua orang bereksperimen dengan heater yang tak panas-panas, last-last mintak tolong sorang budak maintenance tuh buat ha ha tapi tetap dia pun tak reti nak buat, so we chased him out and later by miracle aku berjaya membuat ia berfungsi… well aku kan kerja hotel (don’t ask me how, I also don’t know how)

We started our day with a good sleep..ha ha sangat anti-klimakskan. Tapi memang kitaorang tidur gegila. Atas flight takleh tido. Tak selesa sebab seat kecik dan sebab in-flight entertainment best sangat, banyak sangat citer nak tengok. By noon, kitaorang dah gerak dah ke Paddy's Haymarket. Belek-belek map rupanya depan hotel je...letih aku cari arah utara bearing ha ha

Paddy's Market ni adalah sebuah mall di Chinatown yang di bawahnya ada jual barang-barang murah. Or lagi senang disexplainkan macam pasar karat kat stadium shah alam or bundle ha ha tapi sini tak jual bundle macam kat Malaysia. Or we call it feamarket is it? Tak ingatlah tapi bukan Pasar Tani ar. Banyaknya barang-barang souvenir, keperluan rumah, kain baju dan peniaga-peniaga majoriti adalah pendatang asing (legal or not I'm not sure, and you shouldn't care!) plus ada jual buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar dari ladang. Oh, ingat dah, it's fleamarket!!! Yeay!!

cepat-cepat lintas!!! Ruang menghabiskan duit di seberang jalan sana!!

Tiba je terjumpa sedara profesore nyah hey kat sini. Sedara mana? To be continue...